Kenapa Mudah Lupa
- Mempunyai sikap sambil lewa
- Tidak berminat terhadap sesuatu
mata pelajaran
- Tidak ambil perhatian ketika
guru mengajar
- Tidak mengulangkaji pelajaran
secara sistematik
Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa
- Mengabaikan
solat lima waktu :
Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam.
Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan
tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan
hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan
tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim.
Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek
kehidupan yang lain.
- Sering
bercakap bohong : Pelajar
yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan
sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa
malah akan hilang jati diri.
- Selalu
mungkir janji : Alasan yang diberikan pelajar
yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati
janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
- Makanan
yang shubhah (meragukan) status halal : Kita
digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar
itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan
meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda
seseorang pelajar itu.
Cara untuk mengatasi masalah lupa
- Jangan abaikan solat lima waktu
- Perbanyakkan solat sunat
- Selalu membaca ayat-ayat suci
al-Quran
- Selalu berdoa kepada Allah SWT
- Jangan melakukan
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir
janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
- Makan makanan yang berkhasiat,
bersih, suci, seimbang dan halal
Manakala terdapat beberapa cara agar ingatan lebih kuat dan
dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran.
- Mengulangkaji
Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji
lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.
- Gunakan
pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika
nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan
untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta
minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya.
Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna
pen, penggunaan gambar atau grafik.
- Gunakan
pelbagai jenis carta : Termasuklah
carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan
lakaran.
- Kaedah
bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi
kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta
konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
- Mengulang
dan mengingat kembali : Mengulang
dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya
berulang kali.
- Kurangkan
teks : Jadikan ia gambar dan kata
kunci.
- Selalu
rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil
aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz
sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari.
Akhir
kalam, KAM ucapkan selamat mencuba, jangan putus asa dan lakukan dengan
bersungguh-sungguh insyaallah mudah-mudahan masalah lupa dapat di atasi dalam
diri masing-masing.
No comments:
Post a Comment