Sunday 12 May 2013

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 PMR 2013

KLIK DI SINI

RENUNGAN BERSAMA


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

PENJAGAAN HIDUNG

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim). Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.  Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata. Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.   Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.

Cara nak membersihkannya:-
Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera.  Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga.



PETUA PELAJAR CEMERLANG


INGAT, HAFAZ DAN PRAKTIKKAN
1. Kejayaan saya di masa depan, ditentukan oleh tindakan saya sekarang , bukan prestasi saya masa lalu.
2. Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan saya. Ya, saya sendiri bukannya orang lain.
3. Saya boleh pilih untuk memalaskan diri atau merajinkan diri. Semuanya terletak ke atas saya.
4. Ibu bapa, guru dan kawan-kawan hanya boleh membantu, tetapi saya yang kena berusaha bersungguh-sungguh.
5. Sama ada saya mahu membuka pintu kecemerlangan seluas-luasnya atau tidak, terletak ke atas diri saya sendiri.
6. Ramai pelajar gagal bukan sebab bodoh tapi sebab melakukan kerja bodoh.
7. Pilih kawan yang membantu bukan yang membantutkan anda.
8. Pelajar cemerlang mencari jalan, pelajar gagal mencari alasan.
9. Selagi aku berusaha, selagi itulah aku berpeluang untuk berjaya.
10. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Lagi banyak saya berkorban, maka lagi baiklah peluang saya untuk berjaya.
11. Biarlah sakit untuk mendisiplinkan diri daripada sakit menyesal.
12. Pelajar cemerlang – Faham sepenuhnya
Pelajar sederhana – Faham sebahagian sahaja
Pelajar lemah – Banyak yang tak difahami
13. Perbezaan utama di antara pelajar cemerlang, sederhana dan lemah ialah DARJAH KEFAHAMAN sesuatu tajuk atau subjek yang dipelajari.
14. Rahsia kejayaan pelajar di sekolah: FAHAM APA YANG DIAJAR DI KELAS DAN APA YANG DIPELAJARI DI RUMAH.
15. Tidak ada pelajar BODOH, yang ada hanyalah pelajar yang FAHAM atau TAK FAHAM. Yang FAHAM pula, ada yang CEPAT FAHAM, ada yang LAMBAT FAHAM.
16. Lebih baik tidur awal dan lebih baik tidur di rumah, daripada tidur dalam kelas.
17. Berikan tumpuan dan konsentrasi- JANGAN TIDUR DI DALAM KELAS.
18. Tukarkan IMPOSSIBLE atau I’M POSSIBLE.
19. Salah satu sebab pelajar gagal – MEREKA SENDIRI TAK BERI PELUANG KEPADA DIRI MEREKA UNTUK BERJAYA. Kenapa – MEREKA TIDAK PERCAYA, TIDAK YAKIN AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DIRI SENDIRI.
20. KEPERCAYAAN – Sesuatu perkara yang diterima sebagai benar. Ia mungkin benar, ia mungkin karut ! Ia menjadi benar jika kita mempercayainya,WALAUPUN SEBENARNYA IA PERKARA KARUT.
21. Pelajar yang malas belajar bukan jadi malas sebab mereka sememangnya suka jadi malas. Salah satu punca ialah MEREKA TIDAK MEMPERCAYAI KEBOLEHAN ATAU KEMAMPUAN DIRI SENDIRI.
22. SIKAP POSITIF (YES, I CAN DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang akan diambil berupaya membuahkan hasil seperti yang diingini.
23. SIKAP NEGATIF ( NO, I CAN’T DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang diambil berkemungkinan tidak akan membuahkan hasil seperti yang diingini.
24. Saya mesti percaya bahawa saya akan berjaya jika saya mahu berjaya.
25. Minda adalah batasannya. Selagi kita dapat membayangkan bahawa kita boleh melakukan sesuatu, kita mampu melakukannya selagi kita mempercayainya 100%.
26. Maksud Hadith “ Empat perkara yang aku takut berlaku ke atas ummatku”.
Pertama – kuat makan
Kedua – Banyak tidur
Ketiga – Malas
Keempat – Lemah Keyakinan
27. Don’t just talk, DO IT.(Usah bercakap banyak, bertindak sekarang)

KENAPA MUDAH LUPA


Kenapa Mudah Lupa
  • Mempunyai sikap sambil lewa
  • Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
  • Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik
Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa
  • Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
  • Sering bercakap bohong : Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
  • Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
  • Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang pelajar itu.
Cara untuk mengatasi masalah lupa
  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal
Manakala terdapat beberapa cara agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran.
  • Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.
  • Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.
  • Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran.
  • Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
  • Mengulang dan mengingat kembali : Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.
  • Kurangkan teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci.
  • Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari.
Akhir kalam, KAM ucapkan selamat mencuba, jangan putus asa dan lakukan dengan bersungguh-sungguh insyaallah mudah-mudahan masalah lupa dapat di atasi dalam diri masing-masing.

KERBAU YANG BAIK HATI


Pada zaman dahulu, terdapat seekor buaya sedang berehat di bawah sebatang pokok. Tanpa disedari, sebatang kayu telah menghempap badan Sang Buaya lalu Sang Buaya menjerit untuk meminta pertolongan  Tolong ! Tolong !  jerit Sang buaya. Ketika Sang Kerbau sedang mencari makanan, Sang Kerbau terdengar jeritan Sang Buaya. 
Sang Kerbau yang perkasa datang untuk menghulurkan bantuan. Kemudian, buaya berkata , ‘Kerbau tolonglah aku ! Aku berjanji tidak akan memakan kamu.’ Kerbau berasa kasihan lalu mengangkat                 batang kayu tersebut. Sang Kerbau tidak menduga bahaya mengundang. Sang Buaya berpura-pura mengucapkan terima kasih.  Terima kasih Sang Kerbau !  kata Sang Buaya.
Rupa-rupanya,Sang Buaya hendak memakan          kerbau.Sang Buaya menggigit sebelah kaki kerbau.  Eh,apa yang kamu hendak buat ini?   Aku hendak memakan kamulah !   Bukankah kamu sudah berjanji tidak mahu memakan aku?   kata Sang Kerbau.  Ah,apa aku peduli !   katanya. Cis,kamu telah menipu aku Sang Buaya ! Kamu akan menerima balasan atas perbuatan kamu  ini ! .
Sang Kancil telah menyaksikan kejadian itu          dan ingin menolong Sang Kerbau yang telah ditipu.Sang Kancil pergi ke arah Sang Buaya dan Sang Kerbau lalu bertanya  Apakah yang terjadi?  tanya Sang Kancil.
Sang Kerbau menceritakan semua perkara          yang berlaku kepada Sang Kancil.Sang Kancil menyuruh Sang Kerbau dan Sang Buaya melakonkan peristiwa itu semula.Sang Kerbau meletakkan batang kayu itu semula ke atas badan buaya bagi melakonkan peristiwa itu semula.
Buaya berasa sangat sakit lalu berkata  Tolong?       aku tidak tahan menanggung kesakitan.  Sang Kancil pula berkata  Biarkan Sang Buaya kesakitan.Marilah kita pergi.  Tidak ! jangan pergi !.  Buaya berasa seperti  nyawa-nyawa ikan  dan akhirnya mati.